Pengajian Sains Sosial
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Kajian Tempatan

Friday

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Sunday

Objektif dan Hasil Pembelajaran (Tema)

Hasil Pembelajaran;

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

  • Menyenaraikan agama dan kaum utama yang terdapat di Malaysia.
  • menyenaraikan adat resam yang diamalkan oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
  • Menghuraikan faedah meraikan perayaan bersama-sama kaum lain.

Wednesday

Perayaan Utama di Malaysia

HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf-maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa.


TAHUN BARU CINATahun Baru Cina merupakan sambutan perayaan bagi kaum Cina sebagai meraikan kehadiran Tahun Baru mengikut kalendar Cina. Mengikut kalendar Cina, tahun2 dibahagi sebanyak 12 mengikut nama haiwan yang melambangkan maksud tertentu sesuatu tahun itu. Pada perayaan Tahuan Baru Cina, pelbagai upacara diadakan seperti tarian naga dan antara amalan popular masyarakat Cina adalah 'ang pow' atau duit saku yang diletakkan didalam sampul berwarna merah.


HARI KRISMAS
Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini, penganut agama Kristian mengambil peluang mengunjungi gereja. sambutan perayaan ini disertai dengan kemeriahan seperti lampu, pokok krismas, dan juga amalan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Hari krismas juga popular dengan mitos 'Santa Claus' bagi kanak-kanak.


HARI DEEPAVALI
Hari Deepavali juga dikenali dengan Hari Diwali ataupun pesta cahaya yang disambut oleh penganut agama Hindu. Deepavali disambut pada hari ke 14 Aipasi dalam kalendar Tamil. Pada hari ini,Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

ADAT RESAM

Adat resam ialah adat yang diwarisi secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum.Kita harus menghormati adat resam agama lain demi memupuk keharmonian Negara

MASYARAKAT MELAYU

- Masyarakat Melayu begitu memegang teguh kepada adat kerana mempunyai kesan dalam kehidupan.

- Terdapat tiga peringkat di mana adat resam dijadikan kepercayaan iaitu :

  • kelahiran
  • perkahwinan
  • kematian

- Masyarakat Melayu mengamalkan adat resam yang unik di peringkat kelahiran iaitu :
  • melenggang perut
  • memberi nama
  • mencukur rambut
  • berkhatan

- Dalam peringkat perkahwinan, adat yang dilakukan ialah :
  • merisik
  • meminang
  • bertunang
  • berinai


MASYARAKAT CINA

- Masyarakat Cina juga mempunyai adat resamnya yang tersendiri iaitu :
  • berpantang
  • mencukur rambut
  • memberi nama

- Masyarakat Cina beranggapan warna merah merupakan warna bertuah bagi mereka



MASYARAKAT INDIA


- Masyarakat India mengamalkan banyak upacara yang merupakan warisan adat resam mereka iaitu :
  • upacara menanggalkan thali pada hari kematian suami
  • upacara Karumaati
  • Kalic Cati

Followers

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP