Pengajian Sains Sosial
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Kajian Tempatan

Tuesday

TEMA


KENALI DAN APRESIASI KEKAYAAN BUDAYA MALAYSIA

Subtopik: Agama Dianuti, Kepercayaan Diikuti

Dalam topik ini, murid-murid akan mempelajari dan memahami tentang kepelbagaian kebudayaan dari segi keagamaan masyarakat Malaysia.

Di Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita memiliki keunikan tersendiri yang jarang terdapat di negara-negara lain. Negara kita berada dalam keadaan yang aman harmoni tanpa sebarang kekacauan walaupun negara kita memilik berbagai-bagai agama dan kepercayaan.
berikut adalah agama-agama utama yang terdapat di Malaysia.

  1. ISLAM
  2. KRISTIAN
  3. BUDDHA
  4. HINDU
Agama Islam merupakan Agama Persekutuan, walaubagaimanapun penganut-penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing selagi tidak bertentangan dengan perlembagaan negara.

Selain daripada agama-agama yang tersenarai diatas, banyak lagi agama lain yang dianuti oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia terutamanya agama dan kepercayaan masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak. Dalam kalangan masyarakat Orang Asli Sabah dan Sarawak, masih terdapat segelintir masyarakat yang mengamalkan Animisme iaitu kepercayaan terhadap semangat-semangat dan roh hutan.

berikut adalah tempat-tempat ibadah agama-agama utama di Malaysia;
-click sini-

0 comments:

Followers

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP