Pengajian Sains Sosial
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Kajian Tempatan

Monday

OBJEKTIF PSK

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan :

  1. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia.
  2. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia.
  3. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
  4. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
  5. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpi negara.
  6. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

Objektif Kemahiran :
  1. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab.
  2. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
  3. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat.
  4. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.
  5. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
  6. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
  7. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan di dan orang lain.

Objektif Nilai :
  1. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.
  2. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
  3. Menghormati kaum dan budaya lain.
  4. Menyayangi alam sekitar.
  5. Menunjukkan semangat kekitaan.
  6. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
  7. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

0 comments:

Followers

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP